Friday, January 6, 2012

Resipi Lamb Kabsa ala Cik Hani

Dear all,

Setelah menikmati kesedapan Lamb Kabsa di Restoran SABA Cyberjaya, saya menjadi sangat rindu dengan masakan ini dan akhirnya memutuskan untuk mencari resipi dan mencuba untuk membuatnya.

Berdasarkan resipi yang telah di'google', saya mix n matchkan dan menjadilah resipi versi saya sendiri yang saya kira agak berjaya juga walaupun baru pertama kali mencuba.

Tengok gambar dulu...

Nak resipi? Silakan mencuba.

Masak Lamb Kabsa ni ada 2 step utama.
Step 1 : Masak Lamb dan buat stock sekali
Bahan
1kg Lamb (boleh ganti dengan ayam/daging)
1 biji bawang besar - potong dadu
6 gelas air
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun bay (kering)
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
garam secukup rasa
perasa (optional)

Cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renihkan selama 1 jam 30 minit.(kalau air kurang, boleh tambahkan sikit dengan air panas, kita perlukan 4 1/2 cawan stok)
2. Setelah masak, keluarkan daging dari periuk dan asingkan.
3. Ambil 4 1/2 cawan stock untuk memasak nasi.
Step 2: Masak Lamb Kabsa
Bahan
3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan stock dari langkah pertama
2 sudu makan ghee/mentega/olive oil
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 biji tomato - potong dadu
sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)/sedikir koma-koma/saffron

Cara
1. Cuci beras sehingga bersih dan toskan lebih kurang 15 minit
2.Masukkan ghee/mentega/olive oil ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dan tomato, goreng sehingga layu (transparent) dengan api sederhana.
4. Setelah itu, masukkan beras dan gaul sehingga minyak sebati dengan beras. Kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan beras hancur.
5. Setelah itu, masukkan stok dan gaul perlahan. Pastikan guna api sederhana besar. Seterusnya, susun daging ke atas beras dan tutup periuk. Biarkan sehingga air kering sedikit dan kecilkan api ke tahap minima. (Kalau nak guna rice cooker pun boleh- tak perlu risau nak control api)
6. Biarkan nasi sehingga masak dan selamat menjamu selera.
*Kalau nak lagi best, setelah tutup api, kacau nasi dengan garfu dan biar lagi lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan.. (kalau dapat menahan selera anda :))

Selamat mencuba!

Friday, October 7, 2011

Tuna Mornay (Tuna Pie)

Resipi ni dah lama dalam simpanan dan dah berkali-kali buat tapi tak pernah sempat nak masukkan dalam blog. Resipi ni saya dapat semasa menghadiri kelas masakan anjuran persatuan wanita tempat kerja saya.

Resipi ni adalah resepi pai tuna Filipina.

Sebelum tengok resipi,tengok gambar dulu. Baru ada motivasi nak memasakkan?

Resipi
Bahan-bahan
2 cawan susu segar
2 helai daun bay(kering)
1 biji bawang besar (di dadu)
1 sudu makan lada hitam (biji)
1 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
1 ikat celery
1 tin besar tuna (chunk)
1 cawan parutan keju cheddar
1/2 cawan serbuk roti (putih lebih cantik)
garam, sebuk lada hitam dan buah pala
1 tin nenas (potong kiub)

Cara membuatnya
1. Panaskan susu bersama daun bay dan biji lada sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan selama 15 minit sehingga bau naik. Tapiskan dan ketepikan susu tersebut.
2. Panaskan mentega dan masukkan bawang. Goreng sehingga wangi dan lembut.
3. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga berwarna keemasan. Kecilkan api dan masukkan susu secara perlahan-lahan sambil dikacau supaya tidak bergentel.
4. Setelah itu masukkan tuna dan nenas. Kacau sebentar dan kemudian masukkan buah pala dan lada.
5. Seterusnya masukkan segenggam keju dan kacau lagi. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan celery.
6. Tuangkan ke dalam dulang pembakar, taburkan dengan serbuk roti dan keju parut di atasnya.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga permukaannya keperangan.
8. Seterusnya silalah menikmati pie anda.

Nota kaki:
*saya tak masukkan pun buah pala...hehe..

Sunday, August 14, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah start buat kuih raya?

Saya sedang mengukus kek hati pari (resepi original).. kalau nak buat sekali, saya sertakan resipi..gambar akan saya upload bila dah masak nanti...


Kek Hati Pari (Original)
Bahan-bahan;
16oz mentega / 450g mentega,
10 biji telur
6 gelas gula kasar (2 gelas dibuat gula hangus)(gula ini dimasak tanpa air sehingga cair dan berwarna coklat)
9 gelas tepung gandum
2 sudu kecil bikabonate
2 sudu kecil baking powder
500g kismis (Digaul dengan sedikit tepung)
1 botol kecil browning sugar
cara-cara membuatnya.
pukul telur bersama dengan 4 gelas gula kasar sehingga kembang. kemudian ketepikan. Pukul mentega sehingga kembang. selepas itu satukan kedua dua adunan. Pukul adunan sehingga sebati. Masukkan browning sugar, baking powder dan bicabonate. Selepas itu masuk kan tepung segelas demi segelas sehingga habis. Pada peringkat ini adunan kek tadi akan bertambah kental dan agak susah mengaul untuk menjadi sebati. Gaul adunan sehingga sebati bersama kismis yang telah dipotong dan digaul dengan tepung tadi. Kemudian buatlah 2  gelas gula menjadi gula hangus. Setelah gula hangus telah siap, masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan kek tadi. Proses ini hendaklah berhati hati kerana gula hangus itu sangat panas dan boleh melecurkan. Gaul cepat cepat kerana gula hangus itu cepat membeku. Gaul sehingga sebati. Selepas bolehlah dikukus selama 8 jam.
Kek ini memang dikukus selama 8 jam kerana kek ini boleh bertahan selama sehingga 1 bulan tanpa disimpan di dalam peti sejuk.



Sunday, August 22, 2010

BISKUT ICE – ICE BABY / ice nestum

Biskut ni amat glamer pada perayaan kali ni. Dapat resepi dari my friend Pn Azyyati. Saya percaya ramai yang masih mencari2 resepi untuk membuat biskut comel ini. Jadi, selamat mencuba :)

BISKUT ICE – ICE BABY / ice nestum
BAHAN
250G MENTEGA
90G GULA HALUS
1 BIJI KUNING TELUR
80G TEPUNG JAGUNG
300G TEPUNG GANDUM
100G NESTUM (DIKISAR )
1 SUDU MAKAN VANILLA
PERISA COFFE UNTUK HIASAN

CARA MEMBUAT
PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG, LEPAS ITU MASUKKAN KUNING TELUR, TEPUNG JAGUNG , TEPUNG GANDUM, NESTUM DAN VANILLA. GAUL RATA.

TOPPING (MERINGUE)
1 sudu makan meringue powder
6 sudu makan gula icing
¼ cawan air
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUAT
PUKUL meringue powder dan air hingga kembang ,lepas itu , masukkan gula icing dan pukul hingga kembang , akhir sekali masukkan tepung jagung.

Langkah Seterusnya:
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana resipi ini telah tergantung sekian lama tanpa cara yang lengkap. Resepi asal memang saya dapat banyak ni saja.
* untuk makluman, saya pun tak pernah cuba resipi ni, jadi kena try at your own risk ye..maybe buat setengah adunan dulu. Kalau saya dan cuba nanti, bolehlah saya guide rakan-rakan

Jadi untuk tidak menghampakan semua, saya sambung cara penyediaan biskut ini seperti berikut;
1. canai adunan biskut mengikut ketebalan yang disukai, tapi selalunya dicanai nipis dan terapkan sebesar duit syiling 50 sen. Susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
2. kemudian, paipkan adunan meringue ke atas biskut tadi,  lorekkan dengan lidi yang telah dicelup dengan perisa coffee untuk mencantikkan biskut.
3. seterusnya bakar pada suhu 150 darjah celcius - 180 darjah celcius bergantung kepada jenis oven sehingga masak.
*untuk mengetahui sama ada biskut tersebut telah masak atau belum, bolehlah tolak salah satu biskut dan kalau senang nak tanggal, maksudnya masaklah tu.

Jadi selamat mencuba.

Tuesday, July 20, 2010

resipi rempah/bumbu bubur pedas pn jay

resipi rempah/bumbu bubur pedas pn jay

bahan-bahan
Bahan A
*hiris dan jemur berasingan
600g bawang merah
2 labu bawang putih
400g halia
400g lengkuas
200g kunyit hidup
10 batang serai

Bahan B
1 1/2kg kelapa parut -goreng tanpa minyak sehingga kekuningan
1/2 kg ketumbar biji - cuci dan toskan. kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering.

Bahan C
4 tin susu beras - cuci dan toskan. kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.

Bahan D
100g cili kering
5 bungkus rempah tumis - dipotong kecil

Bahan E
1 sudu pedas-pedas
1 sudu jintan manis

Bahan F
2 sudu makan serbuk lada putih

cara membuatnya
1. Masukkan Bahan A dan Bahan D ke dalam Bahan C dan goreng tanpa minyak menggunakan api kecil sehingga beras dan rempah

garing.
2. Bahan E hendaklah dimasukkan sebelum langkah 1 selesai.
3. Masukkan semua bahan ke dalam besen. Seterusnya masukkan bahan-bahan selebihnya (Bahan B dan Bahan F) ke dalam besen yang

sama. Gaul semua bahan sehingga rata.
4. Kemudian, blend sedikit demi sedikit mengunakan pengisar kering. Pastikan bahan tersebut tidak dikisar terlalu halus.
5. Rempah bubur pedas anda telah siap dan sedia untuk dimasak.

Friday, July 9, 2010

Tat telur Mudah

Resepi ni saya dapat dari google...apa ek urlnya....jap...
sila klik sini. Tq kepada tuan blog. saya copy resepi ek..

Kepada kawan-kawan, selamat mencuba...

Tat telur
Ingredients (crust);
100g plain flour
100g self raising flour
80g butter
20g veg oil
sedikit air sejuk
secubit garam
Aturannya;
1.    mix together tepung + butter + garam + oil
2.    masukkan air sejuk, mix lagi sehingga jadi doh
3.    wrap it with cling film and freeze about 10 min.
ingredient (cream);
2 cwn fresh milk
120g gula pasir
3 biji telur
1/2 camca esen vanilla
* 2 sudu besar corn starch
* 1 sudu besar plain floor
beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar lemon juice
1 sudu butter/marjerin
        ( * – bancuhkan dgn sedikit air)
Aturannya;
1.    panaskan susu dgn api sederhana, biarkan sampai mendidih. tutup api. larutkan gula dgn susu panas
2.    kacau telur dan esen dlm mangkuk dan masukkan * bersama. Kacau rata.
3.    Satukan ke dlm aturan 1.
4.    Panaskan semula sehingga pekat dgn api sederhana.
5.    Tutup api dan lastly masukkan pewarna kuning dan lemon jus serta butter. Kacau biar sebati.
Penyediaan tart;
1.    Keluarkan crust tart tadi. tabur flour dan uli semula. Bahagikan kepada 9/10 bahagian.
2.    Sapukan butter pada acuan muffin.
3.    ambil bahagian tart tadi, buat bentuk leper.
4.    tekan masukkan dlm acuan muffin.
5.    isikan dgn cream
6.    bake pd suhu 180 C selama 25-30 minit.

Monday, April 26, 2010

Resipi Talam Berlauk

Lama dah tak berkongsi resipi kat sini....
Actually resipi-resipi yang saya cuba skrg ni saya tulis dlm buku resipi jer...
jrglah jadinya kalau nak update resipi kat sini..
sowee....

 
So hari ni nak share resipi Talam Berlauk simple yang resipinya saya jumpa dari website...tp dah lupa siapa ownernya. Just in case owner resipi ni terbaca my blog, please leave ur comment n mintak halal ek...

Tp, mcm biasa saya ubah resipi ni mengikut kesenangan sendiri... :)

Terimalah...

Talam Berlauk
Bahan-bahan
120g tepung beras
100g udang segar - saya tukar kepada udang kering, rendam, kemudian blend/tumbuk kasar.
50g daun bawang dihiris halus
600ml santan dari 1 biji kelapa - saya guna santan kotak 400ml, dibancuh dengan 200ml air
1 sudu teh garam
3 biji cili merah, dihiris halus
2 tangkai daun sup

Cara Membuatnya
  1. Bancuh tepung beras dengan santan sehingga sebati di dalam periuk
  2. Masukkan garam dan gaul rata. Kacau si atas api perlahan sehingga naik wap.Tutup api.
  3. Kemudian masukkan cili, udang, daun bawang dan daun sup.Kacau hingga adunan rata.
  4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak. Kukus selama 25 minit. Pastikan air kukusan tidak masuk ke dalam adunan, tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Apabila sudah masak, hidangkan bersama sos cili atau dimakan begitu saja.
 ni gambar yg x berapa nak cantik...

Selamat mencuba.