Sunday, August 22, 2010

BISKUT ICE – ICE BABY / ice nestum

Biskut ni amat glamer pada perayaan kali ni. Dapat resepi dari my friend Pn Azyyati. Saya percaya ramai yang masih mencari2 resepi untuk membuat biskut comel ini. Jadi, selamat mencuba :)

BISKUT ICE – ICE BABY / ice nestum
BAHAN
250G MENTEGA
90G GULA HALUS
1 BIJI KUNING TELUR
80G TEPUNG JAGUNG
300G TEPUNG GANDUM
100G NESTUM (DIKISAR )
1 SUDU MAKAN VANILLA
PERISA COFFE UNTUK HIASAN

CARA MEMBUAT
PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG, LEPAS ITU MASUKKAN KUNING TELUR, TEPUNG JAGUNG , TEPUNG GANDUM, NESTUM DAN VANILLA. GAUL RATA.

TOPPING (MERINGUE)
1 sudu makan meringue powder
6 sudu makan gula icing
¼ cawan air
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUAT
PUKUL meringue powder dan air hingga kembang ,lepas itu , masukkan gula icing dan pukul hingga kembang , akhir sekali masukkan tepung jagung.

Langkah Seterusnya:
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana resipi ini telah tergantung sekian lama tanpa cara yang lengkap. Resepi asal memang saya dapat banyak ni saja.
* untuk makluman, saya pun tak pernah cuba resipi ni, jadi kena try at your own risk ye..maybe buat setengah adunan dulu. Kalau saya dan cuba nanti, bolehlah saya guide rakan-rakan

Jadi untuk tidak menghampakan semua, saya sambung cara penyediaan biskut ini seperti berikut;
1. canai adunan biskut mengikut ketebalan yang disukai, tapi selalunya dicanai nipis dan terapkan sebesar duit syiling 50 sen. Susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
2. kemudian, paipkan adunan meringue ke atas biskut tadi,  lorekkan dengan lidi yang telah dicelup dengan perisa coffee untuk mencantikkan biskut.
3. seterusnya bakar pada suhu 150 darjah celcius - 180 darjah celcius bergantung kepada jenis oven sehingga masak.
*untuk mengetahui sama ada biskut tersebut telah masak atau belum, bolehlah tolak salah satu biskut dan kalau senang nak tanggal, maksudnya masaklah tu.

Jadi selamat mencuba.