Monday, April 27, 2009

Perfume Collector

Saya memang sangat menyintai perfume...
Friend of mine, iaitu Pn Hasma telah meminta saya membuat review terhadap perfume-perfume yang pernah saya guna dan try...
Kesemua perfume yang disenaraikan ni adalah kegemaran saya...org lain, lain laks citarasanya kan...

Saya dan Perfume
Ni kira mcm sejarahlah....dulu saya tak adalah kisah sgt dengan perfume bagai ni...tapi tak tau mcm mana boleh jadi hobi laks akhirnya..dulu bli perfume suka2 jer...
Herm..baru teringat...kisahnya, bila selalu pergi dinner/ada event/kenduri kendara and kita just pakai perfume yg biasa2 jer..rasa tak best la pulak..untuk itu saya pun startla bli my first perfume berjenama...hahaha.b4 this pakai avon and nutrimetics jer....

Perfume PertamaMemperkenalkan, perfume pertama yang saya bli...hahah...sedap nya bau dia...lembutt...sangat... inilah Lancome OUI
My all time favorite
Inilah bau yang saya paling suka....sangat2 suka.....dah 2nd round bli minyak wangi ni..and tak lama lagi habislah tu..wahahah...sukanya.. inilah Lancome Hypnose

Dan seterusnya
Perfume-perfume ni, saya suka gak..saya tak susun ikut tahap kesukaan ya...Aim minyak wangi ni sangattt lama....baru last year dapat beli...yela..bila ke kaunter perfume jer..nak cuba benda lain lak...nasib baik akhirnya dapat kumiliki...ralph ni adalah yg kedua suka selepas hypnose.... inilah Ralph Lauren Ralph

Botol dia sangat kiutkan? saya pakai every morning nak g kerja..tp tak habis2 gak...bli perfume ni sbb nak dpt diskaun 40% kat klia...temankan kawan beli..sebab bli 2 baru dpt 40% disc. sampai rumah tak brp berkenan pulak dengan baunya...tp sbb nak habiskan..pakailah setiap hari..sembur je banyak2....hahah..yg hairannya tak juga habis...alahai... sebelum ni tak pernah tau pun pasal beand ni.......inilah NafNaf Too

Bau minyak wangi ni pun sgt cun pada pandangan hidung saya...tp dah habis la...botol dia kecik sangat...ntah bila nak restock..asyik cuba yg baru jer.... inilah Anna Sui Classic

Yang ni pun dah habis..... inilah Elizabeth Arden Provocative

Sama mcm yang lain, perfume ni pun pujaan hati gak..tapi...sedar tak sedar..tengok botol dah nak kosong..rupanya adikku sangat suka memakai minyak wangi ni...tanpa inform lagi tu..sbb takut kena marah... tak perla.... inilah Lancome Miracle


Ini pun sangat sedap baunya... inilah Dunhill Desire

Yang ni, bukan saya yang punya...adik yg punya..tp ada gak pakai sekali..sebab taknak sama bau ngan adik..bli la perfume lain..sedey..huhuhu... inilah Emporio Armani Diamond

Kesimpulan:
Kebanyakan minyak wangi yang saya pakai dan suka adalah berbau flowery dan lembut..sbb kalau bau yang sangat strong, saya akan cepat pening dan boleh membawa demam tu..ahhaha..

**hasma, aku harap entry tok dapat membantu ko menambah wish list..ehehehe

Thursday, November 20, 2008

klik KliK...4

My Pets...ada beberapa ekor lagi saya tak sempat nak ambil gambar..


Ni namanya poppy. Seekor anjing..hadiah birthday yang ke 22 or 23....
Kat bawah ni ciki...dah tak ingat hadiah birthday yg ke berapa..rasanya dlm 2-3 tahun kebelakangan ni..
Saya ada 2 ekor lagi pets yang lain iaitu amirul - ciken yg boleh menyanyi..tp skrg dah tak boleh nyanyi lagi dah..dan seekor lagi itik kuning (mmg dinamakan itik kuning)..in english, the ugly duckling

Selain daripada pet tak bernyawa ni..saya ada gak pet yg bernyawa..
Memperkenalkan...kucing2..(gambar kalau sempat saya tepek la...)
1. Jasmine
2. Tipah/Dayang -cannot remember nama kuceng yg satu ni..tp apa2pun..ni kuceng jantan taw... abg kepada jasmine
3. Gayah - mak kuceng...dah deliver baby baru...tp tak tau dia letak kat mana..
2. Ciko - kucing siam yg tersesat ke rumah kitorang masa dia kecil lagi
ada 4 je rupanya...

kLik klik...3

Bowling...anyone?? Boring2 tunggu turn..ambil la gambar apa yg patut....

KLiK Klik...2

Gambar-gambar orkid ni saya snap pagi td...sementara nak panaskan enjin...
Bunga2 ini adalah kepunyaan mak saya...eheh...my job adalah untuk inform perkembangan bunga2 ni kepada my mom di kampung..kalau mak saya tak dtg ke rumah..alamat air hujan jelah yg manjakan orkid2 ni...no baja..and kalau dah kering kontang tu..barulah terhegeh2 nak siram...






Klik KLik...1

Gambar2 ni telah diambil masa tengah boring2 tunggu my sister at the airport. Mula2 guna mode biasa. Sebab gelap n guna camera phone jer...tukar laks mode dia n...wah..best gak opsyen Style: Negative and jom lihat hasilnya...semua gambar nak snap sbb baru try style negative ni..wpun my phone dah berusia +- 3 tahun kalau tak silap
On the way balik dari airport. Tangkapla apa2 gambar yg kelihatan di depan. jadi co-pilot, dptla ambil gambar bagai....
Airport Building - taken from the parking area (dari dalam kereta...mls nak keluar)
Yang ni nak focus dekat rim kereta jer sebenarnya...eheh..tak sedar airport building masuk sekali..
Gambar pokok 1 - nampak batang pokok jer
Gambar kereta lagi - ni rim/tayar belakang laks..
Gambar pokok2 - boleh jadi karya agung tak ni??
Ni gambar pokok sebelum guna style negative - ni guna black n white
Ni laks guna normal kot..ehehe..dah tak ingat...

Sunday, November 16, 2008

Air Slurpee

tq to NurAufa@myresipi.com

Air Slurpee

Dsc00494
Bahan-bahan ( 1 family kot.. )
  • Gula - 1 kg atau lebih
  • Perwarna hijau - 1 botol--> kurangkan jadi 1/2 botol
  • Sunquick mandrin - 1 botol kecil (penutup merah, ade tulis OREN MERAH)
  • Esen perasa pisang - 1 botol (jernih warnanya)

Cara-cara

  1. Masak air gula mcm biasa (masukkan air lebih sikit dari paras gula-mcm masak nasi, tp jgn banyak sgt airnya), pstu bila da jadi, masukkan 1 botol kecil sunquick..
  2. Lepas itu masukkan 1 botol esen perasa pisang, lastly perwarna hijau..(saya guna 1/2 botol je)
  3. Ni kira da jadi pati laa.. buleh guna utk majlis ato kenduri.. kalo nk jdkn mcm slurpee, bancuh jela mcm kte bancuh air sirap, pastu bekukan.. :) smt mcuba!
+memang sedap. tp sakit tekak sbb minum air ais banyak sgt....eheh..
resipi ini telah dicuba dan mmg berjaya..

Resipi Sihat : Spaghetti Sihat

Sebab ada yang request resepi sihat, try ni dulu..

and tq to mutiarazura@myresipi.com

Spaghetti Sihat
P1150011

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
  • 1 batang carrot – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  4. Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  8. Mesti dihidang terus, panas-panas.
  9. Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.