Sunday, September 7, 2008

Kek Holiday Inn : Cara Cik Hani

Resepi ni saya modified untuk kawan2 yang baru nak belajar buat kek lapis. Resepi asal adalah dikukus..tetapi, saya bakar je..sebab lebih sedap dan tahan lama.... jom...

Kek Holiday Inn

Bahan
10biji telur
16 oz mentega (Cap Golden Churn) yang lain x sedap
1 tin susu manis
1 tin kecil milo (1 bungkus refill yang kecil sekali)
1 botol kecil horlick
(1 bungkus refill yang kecil sekali)
1 gelas gula caster (blend gula dan ayak pun boleh)
2 gelas tepung roti marie (Roti marie = biskut marie), patahkan, blen dan ayak
1 sudu teh vanilla.
pewarna kuning.

Caranya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
2. Masukkan tepung roti sedikit-sedikit dan kacau rata dan kemudian masukkan susu manis dan vanila kacau lagi hingga rata.
3. Bagi adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian dicampur dengan milo.
Satu bahagian lagi dicampur dengan horlick dan warna kuning.
4. Kukuslah adunan milo dulu hingga masak bila masak angkat dan masukkan adunan horlick kukus lagi hingga masak. Buatlah begini sehingga habis. --> Part ni kita tukar kepada
4. Sapukan loyang kuih dengan sedikit mentega kemudian, taburkan tepung dan ratakan --> ini untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang bila dah sejuk nanti..
5. Panaskan oven menggunakan api atas sahaja pada suhu 200 darjah celcius
5. ambil segelas adunan milo dan ratakan di dalam loyang, kemudian bakar lebih kurang 5 minit. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat, bolehlah dikeluarkan. (tetapi lapisan pertama selalunya perlu dimasak lebih lama..)
6. Jika sudah masak lapisan pertama, ratakan permukaan kek dengan cake iron (jika ada), cake iron ni adalah satu aluminium leper..tapi optional jer..
7.kemudian, dengan gelas lain, sukat segelas adunan horlick dan lapis...bakar sehingga masak..dan buatlah begitu berselang seli sehingga habis kesemua adunan.
8. Setelah masak, bakar gunakan api bawah dan atas selama lebih kurang 3-5 minit.
9. Setelah itu, sejukkan kek tersebut dan sedia untuk dihidangkan...herm...

Selamat mencuba

1 comment:

Anonymous said...

mmg sedap. 1st trial aku buat, rasa ada. tp rupa out.... this year try lagi