Monday, September 14, 2009

Laporan Masakan

Ok, mood raya dah bermula di mana-mana. So, berikut merupakan laporan hasil daripada beberapa resipi yang telah dimasak sabtu dan ahad sudah.

Laporan 1
Resipi yang saya jumpa di myresipi.com. tq myresipi.com
Rasa nestum...nyam nyam
inilah gambar biskut saya..saya tambah gula biar nampak lebih menyerlah

Biskut Selendang Rindu

Bahan-bahan ( +-100 keping biskut)

  • 250gm Butter
  • 100gm Gula halus
  • 250gm Tepung Kentang
  • 80gm Tepung Gandum
  • 120gm Nestum keluarga (sy blend sikit supaya x kasar sangat)
  • 150gm Tepung Jagung
  • 1botol Chocolate Rice

Cara-cara

  1. Pukul butter & gula hingga kembang.
  2. Masukkan semua jenis tepung, nestum & akhir se kali masukkan chocolate rice. Kacau hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Kemudian canailah adunan mengikut bentuk yg disukai.
  4. Bakar hingga masak yer.
Laporan 2
dapat dari site ni --mad about strawberry
resipi asal ditambah paste strawberry, sbb saya nak biskut jerebu original, saya omit penggunaan strawberry paste dan pewarna merah.
masa saya buat resepi ni, ntah mcm mana adunan menjadi sangat kering..so saya tambah lagi shortening bagi lembut...
a. gambar sebelum dibakar

b.gambar yang telah selesai disalut dgn tepung susu

Biskut Jerebu

Bahan-bahan
200gm shortening
150gm minyak jagung
500gm gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1kg tepung gandum
satu sudu makan paste strawberry
pewarna merah
susu tepung (untuk tabur kat atas biskut - ala-ala jerebu gitu)

Cara2:-

Campur semua bahan2 then terap guna apa2 acuan yang anda suka.
Bila dah masak, biarkan sejuk. Bila dah sejuk, baru taburkan susu tepung.

Laporan 3 & 4
bakar 2 kek lapis. penat nya... resipi ni memang sangat sedap...
resipi kek nyonya kaya saya dapat dari kawan dan resipi kek lapis wa termellon cheese saya dapat dari blog chef rozzan...ada saya masukkan dalam entry sebelum ni..
kualiti gambar agak kurang memberangsangkan...
yang warna hijau tu kek nyonya kaya - resipi asal dikukus...tapi saya bakar dan lapis kan..:)
yang satu lagi tu, kek tembikailah kan...

Resipi Kek Watermellon Cheese -- kat sini

dan untuk kek nyonya kaya laks..sebab entry tu sekali dgn resipi lain, saya tepek semula kat sini...jap err

kek nyonya kaya:

bhn2:
10 biji telur ayam
1 tin kaya pandan (400g)-tapi sekarang ni susah nak cari..guna kaya biasa jer
1 tin susu manis (pendek punya)
1 botol kecil horlick
1 1/2 gelas tepung gandum
12 aun mentega (=340g)
2 sudu makan gula halus
pasta pandan - mun botol besar sebotol, mun botol kecik, guna 3 botol
1 sudu makan browning sugar
1 sudu makan pewarna hijau

cara:
1)pukul mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan susu, kaya pandan, horlick dan tepung.
2)Telur dipukul hingga sebati (sehingga putih, dalam bekas lain, asingkan dari bahan di 1)
3)masukkan bahan 2 ke dalam 1, kacau hingga sebati
4)selepas itu, masukkan pasta pandan, browning sugar dan pewarna hijau satu persatu, kacau hingga sebati.
selepas itu kukus selama 1 1/2 jam atau lebih. Untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam aduanan semasa mengukus, tutup adunan dengan kertas aluminium semasa mengukus.

Selamat mencuba...

* ada 2 kek lagi dah siap..tapi kek tu tak sempat pose lagi..
saya update later

No comments: