:) Walaupun semangat nak raya taklah membuak-buak seperti tahun sudah, tapi kena gak buat kek lapis. So, ini adalah antara resipi yang telah saya senarai pendekkan...
Kek Lapis India
*resipi ni telah dicilok dari www.pgx.com.my telah diubahsuai dari bahasa sarawak ke bahasa melayu
*dalam tenet terdapat banyak versi resipi kek lapis india tetapi hanya yang ni saja menggunakan kelapa kering
Bahan-bahannya:
10 biji telur
1 tin susu manis
1 gelas gula halus
1 gelas serbuk roti marie
2 gelas nestum
180 keping coklat cadbury
16oz mentega
1 tin kelapa kering
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu per satu sampai habis
3. Kemudian masukkan nestum, susu manis, tepung roti meri dan kelapa kering
4. Gaul sebati
5. Sediakan Loyang dan masukkan 2 senduk adunan dan bakar di dalam oven menggunakan api atas pada suhu 180 darjah celcius
6. Kemudian bakar satu lagi lapisan
7. Untuk lapisan ke 3, susunkan coklat dan masukkan adunan. Bakar sehingga masak
8. Ulang lapisan sehingga adunan habis
KEK LAPIS WATER MELON CHEESE
*resipi ni dpt dari rozzan.blogspot.com. chef rozzan, saya cilok gambar skali yer
Bahan-bahannya:
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips
Cara:
1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat.
2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.
(a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan.
(b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan.
(c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips)
Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.
kalau ada tambahan, saya akan update lagi dari semasa ke semasa....
No comments:
Post a Comment