Sunday, August 22, 2010

BISKUT ICE – ICE BABY / ice nestum

Biskut ni amat glamer pada perayaan kali ni. Dapat resepi dari my friend Pn Azyyati. Saya percaya ramai yang masih mencari2 resepi untuk membuat biskut comel ini. Jadi, selamat mencuba :)

BISKUT ICE – ICE BABY / ice nestum
BAHAN
250G MENTEGA
90G GULA HALUS
1 BIJI KUNING TELUR
80G TEPUNG JAGUNG
300G TEPUNG GANDUM
100G NESTUM (DIKISAR )
1 SUDU MAKAN VANILLA
PERISA COFFE UNTUK HIASAN

CARA MEMBUAT
PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG, LEPAS ITU MASUKKAN KUNING TELUR, TEPUNG JAGUNG , TEPUNG GANDUM, NESTUM DAN VANILLA. GAUL RATA.

TOPPING (MERINGUE)
1 sudu makan meringue powder
6 sudu makan gula icing
¼ cawan air
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUAT
PUKUL meringue powder dan air hingga kembang ,lepas itu , masukkan gula icing dan pukul hingga kembang , akhir sekali masukkan tepung jagung.

Langkah Seterusnya:
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana resipi ini telah tergantung sekian lama tanpa cara yang lengkap. Resepi asal memang saya dapat banyak ni saja.
* untuk makluman, saya pun tak pernah cuba resipi ni, jadi kena try at your own risk ye..maybe buat setengah adunan dulu. Kalau saya dan cuba nanti, bolehlah saya guide rakan-rakan

Jadi untuk tidak menghampakan semua, saya sambung cara penyediaan biskut ini seperti berikut;
1. canai adunan biskut mengikut ketebalan yang disukai, tapi selalunya dicanai nipis dan terapkan sebesar duit syiling 50 sen. Susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
2. kemudian, paipkan adunan meringue ke atas biskut tadi,  lorekkan dengan lidi yang telah dicelup dengan perisa coffee untuk mencantikkan biskut.
3. seterusnya bakar pada suhu 150 darjah celcius - 180 darjah celcius bergantung kepada jenis oven sehingga masak.
*untuk mengetahui sama ada biskut tersebut telah masak atau belum, bolehlah tolak salah satu biskut dan kalau senang nak tanggal, maksudnya masaklah tu.

Jadi selamat mencuba.

Tuesday, July 20, 2010

resipi rempah/bumbu bubur pedas pn jay

resipi rempah/bumbu bubur pedas pn jay

bahan-bahan
Bahan A
*hiris dan jemur berasingan
600g bawang merah
2 labu bawang putih
400g halia
400g lengkuas
200g kunyit hidup
10 batang serai

Bahan B
1 1/2kg kelapa parut -goreng tanpa minyak sehingga kekuningan
1/2 kg ketumbar biji - cuci dan toskan. kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering.

Bahan C
4 tin susu beras - cuci dan toskan. kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.

Bahan D
100g cili kering
5 bungkus rempah tumis - dipotong kecil

Bahan E
1 sudu pedas-pedas
1 sudu jintan manis

Bahan F
2 sudu makan serbuk lada putih

cara membuatnya
1. Masukkan Bahan A dan Bahan D ke dalam Bahan C dan goreng tanpa minyak menggunakan api kecil sehingga beras dan rempah

garing.
2. Bahan E hendaklah dimasukkan sebelum langkah 1 selesai.
3. Masukkan semua bahan ke dalam besen. Seterusnya masukkan bahan-bahan selebihnya (Bahan B dan Bahan F) ke dalam besen yang

sama. Gaul semua bahan sehingga rata.
4. Kemudian, blend sedikit demi sedikit mengunakan pengisar kering. Pastikan bahan tersebut tidak dikisar terlalu halus.
5. Rempah bubur pedas anda telah siap dan sedia untuk dimasak.

Friday, July 9, 2010

Tat telur Mudah

Resepi ni saya dapat dari google...apa ek urlnya....jap...
sila klik sini. Tq kepada tuan blog. saya copy resepi ek..

Kepada kawan-kawan, selamat mencuba...

Tat telur
Ingredients (crust);
100g plain flour
100g self raising flour
80g butter
20g veg oil
sedikit air sejuk
secubit garam
Aturannya;
1.    mix together tepung + butter + garam + oil
2.    masukkan air sejuk, mix lagi sehingga jadi doh
3.    wrap it with cling film and freeze about 10 min.
ingredient (cream);
2 cwn fresh milk
120g gula pasir
3 biji telur
1/2 camca esen vanilla
* 2 sudu besar corn starch
* 1 sudu besar plain floor
beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar lemon juice
1 sudu butter/marjerin
        ( * – bancuhkan dgn sedikit air)
Aturannya;
1.    panaskan susu dgn api sederhana, biarkan sampai mendidih. tutup api. larutkan gula dgn susu panas
2.    kacau telur dan esen dlm mangkuk dan masukkan * bersama. Kacau rata.
3.    Satukan ke dlm aturan 1.
4.    Panaskan semula sehingga pekat dgn api sederhana.
5.    Tutup api dan lastly masukkan pewarna kuning dan lemon jus serta butter. Kacau biar sebati.
Penyediaan tart;
1.    Keluarkan crust tart tadi. tabur flour dan uli semula. Bahagikan kepada 9/10 bahagian.
2.    Sapukan butter pada acuan muffin.
3.    ambil bahagian tart tadi, buat bentuk leper.
4.    tekan masukkan dlm acuan muffin.
5.    isikan dgn cream
6.    bake pd suhu 180 C selama 25-30 minit.

Monday, April 26, 2010

Resipi Talam Berlauk

Lama dah tak berkongsi resipi kat sini....
Actually resipi-resipi yang saya cuba skrg ni saya tulis dlm buku resipi jer...
jrglah jadinya kalau nak update resipi kat sini..
sowee....

 
So hari ni nak share resipi Talam Berlauk simple yang resipinya saya jumpa dari website...tp dah lupa siapa ownernya. Just in case owner resipi ni terbaca my blog, please leave ur comment n mintak halal ek...

Tp, mcm biasa saya ubah resipi ni mengikut kesenangan sendiri... :)

Terimalah...

Talam Berlauk
Bahan-bahan
120g tepung beras
100g udang segar - saya tukar kepada udang kering, rendam, kemudian blend/tumbuk kasar.
50g daun bawang dihiris halus
600ml santan dari 1 biji kelapa - saya guna santan kotak 400ml, dibancuh dengan 200ml air
1 sudu teh garam
3 biji cili merah, dihiris halus
2 tangkai daun sup

Cara Membuatnya
  1. Bancuh tepung beras dengan santan sehingga sebati di dalam periuk
  2. Masukkan garam dan gaul rata. Kacau si atas api perlahan sehingga naik wap.Tutup api.
  3. Kemudian masukkan cili, udang, daun bawang dan daun sup.Kacau hingga adunan rata.
  4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak. Kukus selama 25 minit. Pastikan air kukusan tidak masuk ke dalam adunan, tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Apabila sudah masak, hidangkan bersama sos cili atau dimakan begitu saja.
 ni gambar yg x berapa nak cantik...

Selamat mencuba.