Thursday, October 30, 2008

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Nak try masak ni laks esok...

tq to alma@myresipi.com

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Cotton_soft_japanese_cheese_cake_slice
Bahan-bahan ( 8-inci )
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk krim tartar

Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  5. Cotton_soft_japanese_cheese_cake
    Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).

Quiche Tuna Berkeju

Try this recipe yesterday...mmg sedap dan mudah....
cuma, lain kali nak kurangkan sikit gula untuk pastri...

Thanks to Mat Gebu@myresipi.com.

++Maklumat Tambahan (kemaskini pada 5 nov 2008);
mlm tadi saya buat sekali lagi quiche ni dan adalah sedikit fail dan pls take note nota2 di bawah yea;
1. Jangan guna kiub ikan bilis - x sedap. Gantikan dengan garam and serbuk perasa (sblm ni guna garam and serbuk perasa, tp mlm tadi try guna kiub ikan bilis, kot2 sedap lagi..tp, mmg x sedap)
2. Jangan guna marjerin. Guna marjerin ni, doh keras sikit dan bila tambah marjerin, jadi berminyak. last2 pastri ku rasanya seperti biskut...hampeh..
3. Jangan mix tuna n mushroom, combination yang x berapa nak sedap.
4. Untuk pastri, saya dah try tak letak gula, kureng sikit arr..tapi sebelum ni, pastri terlebih manis la pulak. Rasanya kurangkan sukatan gula will be better.
Selamat mencuba

Quiche Tuna Berkeju
Step_by_step_834

Bahan-bahan ( acuan tat berukuran 24cm )
  • BAHAN PASTRI :-)
  • 220 g tepung gandum
  • 125 g mentega sejuk, didadu
  • 1 camca besar gula aising
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh serbuk bawang putih (tak suka tak yah bubuh)
  • BAHAN INTI :-)
  • 1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
  • 1 biji bawang besar, didadu halus
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 cawan mix vege (lobak, kacang pis dan jagung)
  • 1 camca besar mentega
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 ketul kiub ikan bilis 'MAGGI'
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besar hirisan daun bawang*
  • 25 g parutan keju cheddar*(*utk hiasan)
  • BAHAN KASTARD:-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, gula aising dan serbuk bawang (jika guna) dalam mixing bowl. Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tak pe jika telur tak habis digunakan...
  2. Step_by_step_827
    Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling, leperkan sedikit dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan canai doh antara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter kurang lebih 30 cm..
  3. Step_by_step_828
    Alihkan doh ke dalam acuan tat yg dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya.
  4. Step_by_step_829
    Kemudian cucuk2 permukaan doh dengan garfu, tujuan untuk membuang udara semasa proses membakar nanti.
  5. Step_by_step_830
    Ambil sekeping aluminium foil, letak atas doh tadi dan tuang kekacang dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 minit.
  6. Step_by_step_831
    Keluarkan dari oven, alihkan aluminium foil dan bakar lagi 10 minit. Keluarkan dari oven dan boleh diisi dengan inti.
  7. Step_by_step_826
    Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih, bila wangi, masukkan daun bay, dan mix vege. Gaul rata. Masukkan tuna, serbuk lada sulah, kuib ikan bilis dan susu, kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Guna api perlahan.
  8. Step_by_step_832
    Masukkan inti tadi dalam kulit quiche, ratakan. Bancuh semua bahan2 utk kastard hingga sebati dan tuang atas inti tadi. Tabur daun bawang dan parutan keju cheddar.
  9. Step_by_step_833
    Bakar pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak keluarkan dari oven dan biar sejuk, baru ditanggalkan dari acuan.