Thursday, November 20, 2008

klik KliK...4

My Pets...ada beberapa ekor lagi saya tak sempat nak ambil gambar..


Ni namanya poppy. Seekor anjing..hadiah birthday yang ke 22 or 23....
Kat bawah ni ciki...dah tak ingat hadiah birthday yg ke berapa..rasanya dlm 2-3 tahun kebelakangan ni..
Saya ada 2 ekor lagi pets yang lain iaitu amirul - ciken yg boleh menyanyi..tp skrg dah tak boleh nyanyi lagi dah..dan seekor lagi itik kuning (mmg dinamakan itik kuning)..in english, the ugly duckling

Selain daripada pet tak bernyawa ni..saya ada gak pet yg bernyawa..
Memperkenalkan...kucing2..(gambar kalau sempat saya tepek la...)
1. Jasmine
2. Tipah/Dayang -cannot remember nama kuceng yg satu ni..tp apa2pun..ni kuceng jantan taw... abg kepada jasmine
3. Gayah - mak kuceng...dah deliver baby baru...tp tak tau dia letak kat mana..
2. Ciko - kucing siam yg tersesat ke rumah kitorang masa dia kecil lagi
ada 4 je rupanya...

kLik klik...3

Bowling...anyone?? Boring2 tunggu turn..ambil la gambar apa yg patut....

KLiK Klik...2

Gambar-gambar orkid ni saya snap pagi td...sementara nak panaskan enjin...
Bunga2 ini adalah kepunyaan mak saya...eheh...my job adalah untuk inform perkembangan bunga2 ni kepada my mom di kampung..kalau mak saya tak dtg ke rumah..alamat air hujan jelah yg manjakan orkid2 ni...no baja..and kalau dah kering kontang tu..barulah terhegeh2 nak siram...






Klik KLik...1

Gambar2 ni telah diambil masa tengah boring2 tunggu my sister at the airport. Mula2 guna mode biasa. Sebab gelap n guna camera phone jer...tukar laks mode dia n...wah..best gak opsyen Style: Negative and jom lihat hasilnya...semua gambar nak snap sbb baru try style negative ni..wpun my phone dah berusia +- 3 tahun kalau tak silap
On the way balik dari airport. Tangkapla apa2 gambar yg kelihatan di depan. jadi co-pilot, dptla ambil gambar bagai....
Airport Building - taken from the parking area (dari dalam kereta...mls nak keluar)
Yang ni nak focus dekat rim kereta jer sebenarnya...eheh..tak sedar airport building masuk sekali..
Gambar pokok 1 - nampak batang pokok jer
Gambar kereta lagi - ni rim/tayar belakang laks..
Gambar pokok2 - boleh jadi karya agung tak ni??
Ni gambar pokok sebelum guna style negative - ni guna black n white
Ni laks guna normal kot..ehehe..dah tak ingat...

Sunday, November 16, 2008

Air Slurpee

tq to NurAufa@myresipi.com

Air Slurpee

Dsc00494
Bahan-bahan ( 1 family kot.. )
  • Gula - 1 kg atau lebih
  • Perwarna hijau - 1 botol--> kurangkan jadi 1/2 botol
  • Sunquick mandrin - 1 botol kecil (penutup merah, ade tulis OREN MERAH)
  • Esen perasa pisang - 1 botol (jernih warnanya)

Cara-cara

  1. Masak air gula mcm biasa (masukkan air lebih sikit dari paras gula-mcm masak nasi, tp jgn banyak sgt airnya), pstu bila da jadi, masukkan 1 botol kecil sunquick..
  2. Lepas itu masukkan 1 botol esen perasa pisang, lastly perwarna hijau..(saya guna 1/2 botol je)
  3. Ni kira da jadi pati laa.. buleh guna utk majlis ato kenduri.. kalo nk jdkn mcm slurpee, bancuh jela mcm kte bancuh air sirap, pastu bekukan.. :) smt mcuba!
+memang sedap. tp sakit tekak sbb minum air ais banyak sgt....eheh..
resipi ini telah dicuba dan mmg berjaya..

Resipi Sihat : Spaghetti Sihat

Sebab ada yang request resepi sihat, try ni dulu..

and tq to mutiarazura@myresipi.com

Spaghetti Sihat
P1150011

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
  • 1 batang carrot – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  2. Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  4. Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  6. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  7. Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  8. Mesti dihidang terus, panas-panas.
  9. Tips : Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.