Resipi ni dah lama dalam simpanan dan dah berkali-kali buat tapi tak pernah sempat nak masukkan dalam blog. Resipi ni saya dapat semasa menghadiri kelas masakan anjuran persatuan wanita tempat kerja saya.
Resipi ni adalah resepi pai tuna Filipina.
Sebelum tengok resipi,tengok gambar dulu. Baru ada motivasi nak memasakkan?
Resipi
Bahan-bahan
2 cawan susu segar
2 helai daun bay(kering)
1 biji bawang besar (di dadu)
1 sudu makan lada hitam (biji)
1 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
1 ikat celery
1 tin besar tuna (chunk)
1 cawan parutan keju cheddar
1/2 cawan serbuk roti (putih lebih cantik)
garam, sebuk lada hitam dan buah pala
1 tin nenas (potong kiub)
Cara membuatnya
1. Panaskan susu bersama daun bay dan biji lada sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan selama 15 minit sehingga bau naik. Tapiskan dan ketepikan susu tersebut.
2. Panaskan mentega dan masukkan bawang. Goreng sehingga wangi dan lembut.
3. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga berwarna keemasan. Kecilkan api dan masukkan susu secara perlahan-lahan sambil dikacau supaya tidak bergentel.
4. Setelah itu masukkan tuna dan nenas. Kacau sebentar dan kemudian masukkan buah pala dan lada.
5. Seterusnya masukkan segenggam keju dan kacau lagi. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan celery.
6. Tuangkan ke dalam dulang pembakar, taburkan dengan serbuk roti dan keju parut di atasnya.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga permukaannya keperangan.
8. Seterusnya silalah menikmati pie anda.
Nota kaki:
*saya tak masukkan pun buah pala...hehe..