Tuesday, September 23, 2008

Sabrina's Chocolate Cheese Cake

Sabrina's Chocolate Cheese Cake

Lapisan Coklat
1 buku mentega
50gm koko
225 gm tepung gandum
275gm gula halus
3 biji telur

1. Mentega dipukul bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan koko, gaul sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit(Guna api bawah)

Lapisan Keju
1 kotak krim cheese (jenama Anchor) - 1kg
325gm gula halus
4 biji telur (1 biji di ambil kuningnya sahaja yg lain amik semua sekali)
1 sudu kecil vanilla

1. Krim cheese dan gula halus digaul sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan vanilla
4. Letak pada bahagian atas lapisan coklat dan bakar pada suhu 160 darjah jugak tetapi selama 45 minit.(Gunakan api atas sahaja)....

Wednesday, September 17, 2008

Resipi: Kek Lapis Bawang Merah Bawang Putih

Kek Lapis Bawang Merah Bawang Putih

Bahan-Bahan:
10 biji telur
1 tin susu manis
1 tin kecil kaya
1 sudu kecil ovallette
250g tepung hong kong
250g gula
450g mentega
100g horlick
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh pewarna merah

Cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan ovallete dan pukul lagi. Setelah kembang, masukkan tepung hongkong sedikit demi sedikit sampai habis.
2. Pukul mentega dan susu sehingga kembang di dalam mangkuk lain. Masukkan ke dalam adunan pertama tadi.
3. Masukkan kaya dan horlick, kemudian, kacau rata.
4. Kemudian, masukkan vanilla, gaul lagi.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu bahagian lagi mengunakan warna asal.
6. Resipi asal: Bakar adunan merah dahulu sehingga habis dan kemudian barulah dimasukkan warna asal dan dibakar hingga habis. Tapi mcm tak cantik, saya tukar kepada...
6. Bakar adunan merah dahulu dan buat sebanyak 2 lapis, kemudian, bakar pula 2 lapisan warna asal. buatlah begitu berselang seli sehingga adunan habis.

Selamat mencuba...

Sunday, September 7, 2008

Kek Holiday Inn : Cara Cik Hani

Resepi ni saya modified untuk kawan2 yang baru nak belajar buat kek lapis. Resepi asal adalah dikukus..tetapi, saya bakar je..sebab lebih sedap dan tahan lama.... jom...

Kek Holiday Inn

Bahan
10biji telur
16 oz mentega (Cap Golden Churn) yang lain x sedap
1 tin susu manis
1 tin kecil milo (1 bungkus refill yang kecil sekali)
1 botol kecil horlick
(1 bungkus refill yang kecil sekali)
1 gelas gula caster (blend gula dan ayak pun boleh)
2 gelas tepung roti marie (Roti marie = biskut marie), patahkan, blen dan ayak
1 sudu teh vanilla.
pewarna kuning.

Caranya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
2. Masukkan tepung roti sedikit-sedikit dan kacau rata dan kemudian masukkan susu manis dan vanila kacau lagi hingga rata.
3. Bagi adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian dicampur dengan milo.
Satu bahagian lagi dicampur dengan horlick dan warna kuning.
4. Kukuslah adunan milo dulu hingga masak bila masak angkat dan masukkan adunan horlick kukus lagi hingga masak. Buatlah begini sehingga habis. --> Part ni kita tukar kepada
4. Sapukan loyang kuih dengan sedikit mentega kemudian, taburkan tepung dan ratakan --> ini untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang bila dah sejuk nanti..
5. Panaskan oven menggunakan api atas sahaja pada suhu 200 darjah celcius
5. ambil segelas adunan milo dan ratakan di dalam loyang, kemudian bakar lebih kurang 5 minit. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat, bolehlah dikeluarkan. (tetapi lapisan pertama selalunya perlu dimasak lebih lama..)
6. Jika sudah masak lapisan pertama, ratakan permukaan kek dengan cake iron (jika ada), cake iron ni adalah satu aluminium leper..tapi optional jer..
7.kemudian, dengan gelas lain, sukat segelas adunan horlick dan lapis...bakar sehingga masak..dan buatlah begitu berselang seli sehingga habis kesemua adunan.
8. Setelah masak, bakar gunakan api bawah dan atas selama lebih kurang 3-5 minit.
9. Setelah itu, sejukkan kek tersebut dan sedia untuk dihidangkan...herm...

Selamat mencuba