Tuesday, September 23, 2008

Sabrina's Chocolate Cheese Cake

Sabrina's Chocolate Cheese Cake

Lapisan Coklat
1 buku mentega
50gm koko
225 gm tepung gandum
275gm gula halus
3 biji telur

1. Mentega dipukul bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan koko, gaul sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit(Guna api bawah)

Lapisan Keju
1 kotak krim cheese (jenama Anchor) - 1kg
325gm gula halus
4 biji telur (1 biji di ambil kuningnya sahaja yg lain amik semua sekali)
1 sudu kecil vanilla

1. Krim cheese dan gula halus digaul sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan vanilla
4. Letak pada bahagian atas lapisan coklat dan bakar pada suhu 160 darjah jugak tetapi selama 45 minit.(Gunakan api atas sahaja)....

No comments: