
Menyenaraikan perkara-perkara yang saya gemar lakukan. Untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Monday, September 14, 2009
Laporan Masakan
Laporan 1
Resipi yang saya jumpa di myresipi.com. tq myresipi.com
Rasa nestum...nyam nyam
inilah gambar biskut saya..saya tambah gula biar nampak lebih menyerlah

Biskut Selendang Rindu
Bahan-bahan ( +-100 keping biskut)
- 250gm Butter
- 100gm Gula halus
- 250gm Tepung Kentang
- 80gm Tepung Gandum
- 120gm Nestum keluarga (sy blend sikit supaya x kasar sangat)
- 150gm Tepung Jagung
- 1botol Chocolate Rice
Cara-cara
- Pukul butter & gula hingga kembang.
- Masukkan semua jenis tepung, nestum & akhir se kali masukkan chocolate rice. Kacau hingga menjadi doh yg lembut.
- Kemudian canailah adunan mengikut bentuk yg disukai.
- Bakar hingga masak yer.
dapat dari site ni --mad about strawberry
resipi asal ditambah paste strawberry, sbb saya nak biskut jerebu original, saya omit penggunaan strawberry paste dan pewarna merah.
masa saya buat resepi ni, ntah mcm mana adunan menjadi sangat kering..so saya tambah lagi shortening bagi lembut...
a. gambar sebelum dibakar
Bahan-bahan
200gm shortening
150gm minyak jagung
500gm gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1kg tepung gandum
satu sudu makan paste strawberry
pewarna merah
susu tepung (untuk tabur kat atas biskut - ala-ala jerebu gitu)
Cara2:-
Campur semua bahan2 then terap guna apa2 acuan yang anda suka.
Bila dah masak, biarkan sejuk. Bila dah sejuk, baru taburkan susu tepung.
Laporan 3 & 4
bakar 2 kek lapis. penat nya... resipi ni memang sangat sedap...
resipi kek nyonya kaya saya dapat dari kawan dan resipi kek lapis wa termellon cheese saya dapat dari blog chef rozzan...ada saya masukkan dalam entry sebelum ni..
kualiti gambar agak kurang memberangsangkan...
yang warna hijau tu kek nyonya kaya - resipi asal dikukus...tapi saya bakar dan lapis kan..:)
yang satu lagi tu, kek tembikailah kan...
dan untuk kek nyonya kaya laks..sebab entry tu sekali dgn resipi lain, saya tepek semula kat sini...jap err
kek nyonya kaya:
10 biji telur ayam
1 tin kaya pandan (400g)-tapi sekarang ni susah nak cari..guna kaya biasa jer
1 tin susu manis (pendek punya)
1 botol kecil horlick
1 1/2 gelas tepung gandum
12 aun mentega (=340g)
2 sudu makan gula halus
pasta pandan - mun botol besar sebotol,
1 sudu makan browning sugar
1 sudu makan pewarna hijau
1)pukul mentega bersama gula halus hingga putih, masukkan susu, kaya pandan, horlick dan tepung.
2)Telur dipukul hingga sebati (sehingga putih, dalam bekas lain, asingkan dari bahan di 1)
3)masukkan bahan 2 ke dalam 1, kacau hingga sebati
4)selepas itu, masukkan pasta pandan, browning sugar dan pewarna hijau satu persatu, kacau hingga sebati.
selepas itu kukus selama 1 1/2 jam atau lebih. Untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam aduanan semasa mengukus, tutup adunan dengan kertas aluminium semasa mengukus.
saya update later
Saturday, August 29, 2009
Senarai Pendek Resipi untuk Raya 2009
Kek Lapis India
*resipi ni telah dicilok dari www.pgx.com.my telah diubahsuai dari bahasa sarawak ke bahasa melayu
*dalam tenet terdapat banyak versi resipi kek lapis india tetapi hanya yang ni saja menggunakan kelapa kering
Bahan-bahannya:
10 biji telur
1 tin susu manis
1 gelas gula halus
1 gelas serbuk roti marie
2 gelas nestum
180 keping coklat cadbury
16oz mentega
1 tin kelapa kering
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu per satu sampai habis
3. Kemudian masukkan nestum, susu manis, tepung roti meri dan kelapa kering
4. Gaul sebati
5. Sediakan Loyang dan masukkan 2 senduk adunan dan bakar di dalam oven menggunakan api atas pada suhu 180 darjah celcius
6. Kemudian bakar satu lagi lapisan
7. Untuk lapisan ke 3, susunkan coklat dan masukkan adunan. Bakar sehingga masak
8. Ulang lapisan sehingga adunan habis
KEK LAPIS WATER MELON CHEESE
*resipi ni dpt dari rozzan.blogspot.com. chef rozzan, saya cilok gambar skali yer
Bahan-bahannya:
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips
Cara:
1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat.
2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.
(a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan.
(b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan.
(c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips)
Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.
kalau ada tambahan, saya akan update lagi dari semasa ke semasa....
Sunday, July 12, 2009
Rock Road Seafood
Kalau nak details tentang kedai makan ni, silalah melawat ke website diorang --> http://www.rockrd.com/
tak percaya, semak website diorang..
Food yang mesti dipesan kalau sampai kat sini adalah, Hainanese Prawns & Buns. Memang sangat sedap hingga menjilat jari. Bun dia crispy dan gebu..
Dari segi price mmg berbaloi...mungkin tinggi sikit dari price di Outlet Seafood Taman Kereta, yalah kat sini tempat makan dalam bilik berhawa dingin, menu laks memang lain dari tempat biasa...ada gak yg sama la...
So, saya sarankan bagi yang masih tercari-cari tempat makan, silalah berkunjung ke Rock Road Seafood.
Monday, April 27, 2009
Perfume Collector
Friend of mine, iaitu Pn Hasma telah meminta saya membuat review terhadap perfume-perfume yang pernah saya guna dan try...
Kesemua perfume yang disenaraikan ni adalah kegemaran saya...org lain, lain laks citarasanya kan...
Saya dan Perfume
Ni kira mcm sejarahlah....dulu saya tak adalah kisah sgt dengan perfume bagai ni...tapi tak tau mcm mana boleh jadi hobi laks akhirnya..dulu bli perfume suka2 jer...
Herm..baru teringat...kisahnya, bila selalu pergi dinner/ada event/kenduri kendara and kita just pakai perfume yg biasa2 jer..rasa tak best la pulak..untuk itu saya pun startla bli my first perfume berjenama...hahaha.b4 this pakai avon and nutrimetics jer....
Perfume Pertama

My all time favorite

Dan seterusnya
Perfume-perfume ni, saya suka gak..saya tak susun ikut tahap kesukaan ya...







Kesimpulan:
Kebanyakan minyak wangi yang saya pakai dan suka adalah berbau flowery dan lembut..sbb kalau bau yang sangat strong, saya akan cepat pening dan boleh membawa demam tu..ahhaha..
**hasma, aku harap entry tok dapat membantu ko menambah wish list..ehehehe