Friday, January 6, 2012

Resipi Lamb Kabsa ala Cik Hani

Dear all,

Setelah menikmati kesedapan Lamb Kabsa di Restoran SABA Cyberjaya, saya menjadi sangat rindu dengan masakan ini dan akhirnya memutuskan untuk mencari resipi dan mencuba untuk membuatnya.

Berdasarkan resipi yang telah di'google', saya mix n matchkan dan menjadilah resipi versi saya sendiri yang saya kira agak berjaya juga walaupun baru pertama kali mencuba.

Tengok gambar dulu...

Nak resipi? Silakan mencuba.

Masak Lamb Kabsa ni ada 2 step utama.
Step 1 : Masak Lamb dan buat stock sekali
Bahan
1kg Lamb (boleh ganti dengan ayam/daging)
1 biji bawang besar - potong dadu
6 gelas air
2 batang kulit kayu manis
3 helai daun bay (kering)
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
garam secukup rasa
perasa (optional)

Cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renihkan selama 1 jam 30 minit.(kalau air kurang, boleh tambahkan sikit dengan air panas, kita perlukan 4 1/2 cawan stok)
2. Setelah masak, keluarkan daging dari periuk dan asingkan.
3. Ambil 4 1/2 cawan stock untuk memasak nasi.
Step 2: Masak Lamb Kabsa
Bahan
3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan stock dari langkah pertama
2 sudu makan ghee/mentega/olive oil
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 biji tomato - potong dadu
sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)/sedikir koma-koma/saffron

Cara
1. Cuci beras sehingga bersih dan toskan lebih kurang 15 minit
2.Masukkan ghee/mentega/olive oil ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dan tomato, goreng sehingga layu (transparent) dengan api sederhana.
4. Setelah itu, masukkan beras dan gaul sehingga minyak sebati dengan beras. Kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan beras hancur.
5. Setelah itu, masukkan stok dan gaul perlahan. Pastikan guna api sederhana besar. Seterusnya, susun daging ke atas beras dan tutup periuk. Biarkan sehingga air kering sedikit dan kecilkan api ke tahap minima. (Kalau nak guna rice cooker pun boleh- tak perlu risau nak control api)
6. Biarkan nasi sehingga masak dan selamat menjamu selera.
*Kalau nak lagi best, setelah tutup api, kacau nasi dengan garfu dan biar lagi lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan.. (kalau dapat menahan selera anda :))

Selamat mencuba!

1 comment:

Alinx said...

tQ for the recipe pok!