Thursday, July 12, 2018

RESEPI STEW DAGING

Sapa yang mintak resepi stew, terimalah...
RESEPI STEW DAGING
BAHAN
1/2kg daging (boleh makei tulang juak or mix)
1 biji bawang besar dimayang (bagus lagik bwg bombay)
2 biji kentang potong baji
1 batang lobak potong baji
Daun celery
1 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 kiub pati lembu
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan honey mustad - sik ada pun sikpa
Thyme, rosemary, daun bay, basil, majoram, terragon secukupnya - makei italian herbs jak pun boleh. Kamek makei bay leaf jak pon
Garam
Lada hitam serbuk (kasar)
Air
CARA
1.Gaulkan daging bersama garam, lada hitam dan 2 sudu makan tepung gandum
2. Cairkan mentega dalam periuk. Kemudian masukkan bawang dan kacau hingga keperangan/lutsinar
3. Masukkan daging, masak hingga perang (tepung ya akan masak jadi perang)
4. Masukkan air secukupnya. Biarkan merenih sehingga daging masak (lebih kurang 15 minit. Mun daging liat, biar dalam 30 minit)
5. Masukkan lobak, kentang (boleh tambah celery) sehingga mendidih lagik ( dlm 5 minit)
6. Kemudian masukkan kiub lembu, tomato puri, honey mustad, italian herbs, lada hitam dan garam.
7. Bancuhkan baki tepung gandum dan tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Campurkan ke dalam periuk.
8. Renihkan sehingga daging, kentang & lobak sehingga lembut & empuk

Dah, iboh malas2. Eksen jak panjang resepi ya. Molahnya sik susah.

No comments: