Sunday, September 23, 2007

Kumpul Resipi ..

R.A.Y.A = KUMPUL RESIPI + (IMPLEMENTASI | EKSPERIMENTASI)

baru 2-3 hari posa arum bulak...ai dat stat plan nak molah kueh apa raya tok... sik over gilak ya kah?? sik la ooo..ompuan owez like dat...x normal pada pendapat ai mun sidaknya sik gago bercari resipi taim nak raya tok...mun molah kueh...maok nyaman2..sak org puji...ahakss.....naitla sikit saham....

tok antara senarai resepi yg ai plan nak molah raya tok...mun ktk org kebetulan maok molah kueh yg sama tapi sikda resepi...sila lah...cilok... ada g resipi dalam book...tok yg ai kumpul dkt net jak...

here we go;

KEK HATI PARI (original)

Bahan-bahan;
16oz mentega / 450g mentega,
10 biji telur
6 gelas gula kasar (2 gelas dibuat gula hangus)(gula ini dimasak tanpa air sehingga cair dan berwarna coklat)
9 gelas tepung gandum
2 sudu kecil bikabonate
2 sudu kecil baking powder
500g kismis (Digaul dengan sedikit tepung)
1 botol kecil browning sugar

cara-cara membuatnya.
pukul telur bersama dengan 4 gelas gula kasar sehingga kembang. kemudian ketepikan. Pukul mentega sehingga kembang. selepas itu satukan kedua dua adunan. Pukul adunan sehingga sebati. Masukkan browning sugar, baking powder dan bicabonate. Selepas itu masuk kan tepung segelas demi segelas sehingga habis. Pada peringkat ini adunan kek tadi akan bertambah kental dan agak susah mengaul untuk menjadi sebati. Gaul adunan sehingga sebati. Kemudian buatlah 2 gelas gula menjadi gula hangus. Setelah gula hangus telah siap, masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan kek tadi. Proses ini hendaklah berhati hati kerana gula hangus itu sangat panas dan boleh melecurkan. Gaul cepat cepat kerana gula hangus itu cepat membeku. Gaul sehingga sebati. Selepas bolehlah dikukus selama 8 jam.

Kek ini memang dikukus selama 8 jam kerana kek ini boleh bertahan selama sehingga 1 bulan tanpa disimpan di dalam peti sejuk.

KEK BELACAN

Bahan-bahannya :
2 gelas tepung gandum
2 gelas gula halus
10 Biji telur
1 ½ tin Susu Manis
1 ½ tin Sekaya ( tin kecil )
2 tin Nestle Cream ( kecil )
1 botol horlick ( kecil )
16oz mentega
2 botol gula hitam ( botol kecil )
2 sudu besar koko
2 senduk milo
2 sudu the esen vanilla

Cara membuat :
Pukul mentega dan gula hingga kembang . Masukkan telur satu persatu. Masukkan susu, Nestle Cream, dan kaya. Gaul rata-rata. Koko, Milo, tepung gandum dan horlick digaul sebati. Kemudian masukkan ke adunan tadi. Gaul rata-rata. Biarkan selama 45 minit. Barulah dikukus sehingga masak.

Kek Holiday Inn

Bahan
10biji telur
16 oz mentega
1 tin susu manis
1 tin kecil milo
1 botol kecil horlick
1 gelas gula caster
2 gelas tepung roti marie
1 sudu teh vanilla.
pewarna kuning.

Caranya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
2. Masukkan tepung roti sedikit-sedikit dan kacau rata dan kemudian masukkan susu manis dan vanila kacau lagi hingga rata.
3. Bagi adunan kepda 2 bahagian
Satu bahagian dicampur dengan milo.
Satu bahagian lagi dicampur dengan horlick dan warna kuning.
4. Kukuslah adunan milo dulu hingga masak bila masak angkat dan masukkan adunan horlick kukus lagi hingga masak. Buatlah begini sehingga habis.

Kek Hati Pari

Bahan-Bahannya
10 Biji telur ayam
16 oz mentega
7 Gelas tepung gandum (5 gelas ajak engkah kmk... :~ mahani)
2 gelas gula kasar ( dimasak )
3 Gelas gula merah (kmk engkah sebungkus yg singgit lebey ya.. :~ mahani)
2 botol kecil gula hitam
2 keping coklat Cadbury (satu keping coklat yang besar-yg xda kacang :~ mahani)
2 sudu tea bicarbonate soda
1 kati kismis hitam (yg tok kmk pakei prune, nok dlm botol kertas ya...500g kmk rasa. blendkan sblm blen, potong kecik dolok..sik sendat blender :~ mahani)
1 botol horlick kecil (kmk pakei horlick coklat nok dlm bungkus ya... :~ mahani)

Cara membuatnya:
Mentega dipukul dengan gula merah dan gula hitam. Masukkan telur satu persatu.
Lepas itu , masuk horlick dan kacau hingga rata. Masukkan tepung gandum, bicarbonate, coklat ( yang sudah dipanaskan hingga hancur ).
Kemudian masukkan kismis dan masukkan juga gula kasar yang sudah dimasak.
Kuar rata-rata. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan sapukan mentega.
Kemudian masukkan adunan tadi dan kukuslah hingga masak selama 8 jam.

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Kek Sari Balas

Bahan-bahannya :
20 biji kuning telur
4 biji putih telur
16oz mentega
10oz tepung gandum@hongkong
10oz gula halus
2 sudu makan ovallete
1 tin kecil serikaya
4 sudu makan susu manis
2 paket santan krim
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan pandan paste
pewarna hijau & kuning

Cara Membuat :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Telur dipukul dengan vanilla sampai kembang dlm bekas lain. Campurkan kedua-dua adunan tadi dan gaul rata. Masukkan ovallete, tepung, susu, serikaya dan serbuk santan. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

  1. Kuning
  2. Hijau – dibubuh pandan paste
  3. Warna asal – dilebihkan dari adunan 1 & 2 di atas untuk lapisan atas & bawah kek.

Masukkan warna kuning & hijau ke dalam botol sos plastik.
Bakar warna asal (adunan 3) sebanyak 5 sudu makan. Lapiskan 5 lapisan. Bila sudah masak, pancitkan adunan hijau & kuning berselang seli secara merencong. Bakar dan pancitkan lagi sehingga habis. Akhir sekali, masukkan adunan asal sebanyak 5 lapisan (5 sudu makan setiap lapisan). Bakar hingga masak dengan api atas bawah 150º - 170º

Kek Lapis La Nina

Bahan2 nya :
25 biji kuning telur
4 biji putih telur
350g gula halus
300g tepung hongkong
450g (12oz) mentega
½ tin susu manis
½ botol horlick (kecil)
1 sudu makan ovallete
pewarna kuning, hijau & coklat

Cara Membuat :
Pukul mentega hingga putih. Pukul telur,gula & ovallete sampai kembang (bekas lain).
Masukkan susu & horlick. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega tadi.
Bahagikan kepada 3 bahagian : kuning, hijau & coklat.

Cara Melapis :
Bakar 5 sudu makan warna coklat dahulu. Bila sudah masak, tekan dengan menggunakan acuan zig zag. Kemudian lapis lagi dengan 5 sudu makan warna hijau. Seterusnya lapis dengan 5 sudu makan warna kuning. Setiap lapisan ditekan dengan acuan zig zag apabila sudah masak kecuali lapisan akhir sekali.(Gunakan acuan 8 x 8 inci dan bakar dengan api atas bawah 170º)

KEK HATI PARI

Bahan-bahan
454 gm mentega
10 biji telur
2 gelas tepung gandum
3 gelas gula kasar ( 1 gelas dijadikan gula hangus)
1 Kati kismis hitam/ buah prunne ( Di kisar halus bersama 1 gelas air )
1 tin susu pekat manis
1 sudu besar browning
1 sudu teh vanilla

Cara Membuat
Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Masukkan susu pekat manis , vanilla dan kacau hingga sebati.
Masukkan gula hangus dan browning.
Seterusnya masukkan kismis/prunne yang dikisar dan kacau hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga sebati.
Masukkan kedalam acuan dan kukuslah selama 8 jam.

kek lapis masam manis

Bahan-bahan
10 biji telur (asing kan merah n putihnyer)
320 gula castor
350gm butter
1/2 tin kecil susu pekat manis
280gm biskut marie (mesin halus jadi serbuk)}
1 sdt baking powder } campurkan bersama
1 sdt esen vanila
1 sdb (penuh) ovallete
kepingan haw par flakes (lebih kurang 20 bungkus)

cara:-
1. griskan acuan empat segi dgn butter pastu tabur tepung. panaskan oven 180
2. pukul putih telur (guna mesin) sampai kembang betul2 n putih.
masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sebati.
3. kenudian masukkan kuning telur sedikit demi sedikit jugak sampai habis. pastu tu masukkan ovallete dan mix the adunan.ketepikan.
4. dlm mangkuk yang lain pukul butter n susu sampai sebati dan agak putih.
masukkan esen vanilla.kacau lagi.
masukkan adunan butter kedalam adunan telur n mix well...kira sebatikan la...
5. lastly boh biskut yg telah dicampur ngan baking powder dan mix lagi.
6. bahagi kan adunan kepada 2. satu taruk kaler ijau lagi satu taruk kaler kuning.
7. memula senduk (1 senduk je) adunan kuning kedalam acuan. ratakan. susun haw par flakesbakar dgn api atas n bawah samapi kuning atau masak le
8. tukarkan api oven tu kepada atas shj. keluarkan kek, masukkan pulak adunan ijau sesenduk (x payah susun haw par flakes). bakar sampai coklat/kuning/masak.
9. ulang semula sampai aduan habis. utk lapisan yg akhir. bakar ngan api atas n bawah.
10. kuarkan dr oven..sejukkan sebentar. pastu leh la kurkan dr acuan. potong ikut suka n hidangkan la kepada family anda.

KEK LUMUT

Bahan-bahan
10 biji telur
1/2 tin kecil susu manis
2 sudu teh vanilla
3 1/2 gelas Nestum (family cereal)
2 botol kecil pandan paste
1 gelas tepung almond or tepung kacang gajus
satu botol kecik jem epal or mixed fruit
16 oz mentega
3/4 gelas gula halus

cara membuatnya
1.Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih.
kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul rata. lepas tu, masukkan pewarna, susu, vanilla, jem dan gaulkan hingga sebati.
2.Akhir sekali, masukkan nestum dan tepung gajus.
3.kukus hingga masak

KEK IDOLA

Bahan-bahan:
16oz mentega
10 biji telur
1 gelas tepung gandum
1 gelas gula
1 gelas horlick
1 gelas milo
1 tin kecil sri kaya
1/2 tin susu pekat
50gm coklat masakan
1 botol kecil browning sugar
sepeket santan serbuk
1 sudu esen vanilla

cara membuat:-
1. pukul mentega dan gula sehingga sebati
2. kemudian masukkan telur satu persatu
3. selepas itu masukkan tepung, horlick, sri kaya, santan peket, susu pekat
dan esen vanilla
4. bila adunan sudah rata bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian
dibahagikan kepada 2 untuk lapisan atas dan lapisan bawah kek.
5. Adunan yang kedua dicampurkan dengan coklat masakan yang
telah dicairkan, browning sugar dan milo.
6. Panaskan oven dan masukkan lapisan pertama iaitu lapisan bawah kek, ikut
berapa sudu yang dikehendaki.mulakan dengan api atas bawah dan bila
lapisan tersebut agak masak guna api atas sahaja,untuk lapisan seterusnya
gunakan api atas sahaja. bakar kekuningan dan habiskan adunan lapisan
bawah tadi.
7. bila lapisan bawah sudah selesai buat lapisan tengah nya pula iaitu adunan
kedua tadi lapis seperti tadi sehingga habis adunan.
8. selepas itu tutup lapisan tengah tadi dgn adunan lapisan atas sehingga
habis.

KEK KUKUS LAPIS ASAM FLAKES

Bahan-bahan
1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan telur)
2 1/2 cawan gula castor/halus
1 cawan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung biskut cream cracker [mesin halus]
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
Pewarna (merah/hijau/kuning)
Asam / haw flakes

Cara membuatnya
1. Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan butter. masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda.
3. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua tadi, gaul hingga rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan.
5. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis.

kek nyonya kaya:

bhn2:
10 biji telur ayam
1 tin kaya pandan (400g)-mun jenis biasa pun bole juak
1 tin susu manis (pendek punya)
1 botol kecil horlick
1 1/2 gelas tepung gandum
12 aun mentega
2 sudu makan gula halus
pasta pandan - mun botol besar sebotol, mun botol kecik, guna 3 botol
1 sudu makan browning sugar
1 sudu makan pewarna hijau

cara:
1)pukul mentega hingga putih, masukkan susu, kaya pandan, horlick dan tepung.
2)Telur dipukul hingga sebati (sehingga putih, dalam bekas lain, asingkan dari bahan di 1)
3)masukkan bahan 2 ke dalam 1, kacau hingga sebati
4)selepas itu, masukkan pasta pandan, browning sugar dan pewarna hijau satu persatu, kacau hingga sebati.
selepas itu kukus selama 1 1/2 jam atau lebih. Untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam aduanan semasa mengukus, tutup adunan dengan kertas aluminium semasa mengukus.

Biskut Gunting

Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
10 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
3 sudu besar udang kering(goreng tanpa minyak)
1 sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil j.putih
3 sudu besar marjerin
3 tangkai daun bawang & 1 tangkai d.ketumbar
sedikit air garam & daun kari Cara: - Bawang ,cili,udang ,jintan ditumbuk halus .
- Masukkan bahan tumbuk ,marjerin ,daun bwg d.ketumbar & air garam ke dalam tepung.
- Gaul rata & uli hingga sebati.
- Bahagikan kepada beb. doh &canai nipis(tabur sedikit tepung)
- Bakar sekejap & potong memanjang lalu digunting halus.
Cadangan Hidangan:
Goreng menggunakan minyak yang banyak &masukkan d.kari.
Tambahan:
Jika mahu rapuh boleh ditambah sebiji telur.

Kuih Siput
4.75

Bahan-Bahan: 4 cawan tepung gandum
4 cawan udang kering
1 sudu ketumbar
½ biji kelapa
4 cawan minyak 3 biji bawang merah
1 sudu jintan manis
1 sudu jintah putih
2 sudu lada sulah
Sedikit garam dan ajinomoto Cara: Semua bahan di tumbuk halus kemudian di gaul dengan tepung. Panaskan minyak anggaran 2 cawan, kemudian gaulkan dengan tepung hingga rata.
Masukkan santan kemudian uli sampai lembut dan tekan ke atas acuan kemudian gorengkan hingga masak dan kuning.

Kuih Siput 9.00

Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
garam secukup rasa
ajinomoto penambah perisa Cara: Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.
Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Cadangan Hidangan: Anggaran dalam 1 1/2kg jika ditimbang.

Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac

Bahan:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray – atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot. Roz guna susu Nespray utk budak besar, tak tau lah pulak apa rasanya kalau guna susu formula anak ek.

Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat.
Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai between 3 & 4 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

Sagu Keju - Sumber Fatmah Bahalwan (NCC-Indonesia)

Bahan:
300gr tepung sagu (sagu tani)
2 lbr daun pandan
100 gr margarine
50gr mentega (butter)
150gr gula halus
1 btr kuning telur
100gr keju edam, parut (Sila lihat nota kaki di bawah untuk penerangan)
50ml santan kental Misal kara (santan kotak)

Cara membuat:

  • Sangrai tepung sagu dan daun pandan dengan api kecil hingga daun pandan kering. Angkat,dinginkan.
  • Kocok margarine dan mentega hingga putih dan lembut masukkan gula, kocok rata, tambahkan kuning telur, kocok rata.
  • Campur tepung sagu dan keju parut, tuang bertahap kedalam adonan mentega, aduk rata. Tambahkan santan, aduk lagi hingga rata.
  • Masukkan adonan kedalam plastik conthong (segitiga), kasih spuit bintang, semprotkan kedalam loyang tipis yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung. (Guna nozzle bintang, masukkan adunan dalam piping bag dan picit adunan atas loyang yang disapu mentega)
  • Oven selama lk. 40menit....(ingat kenali oven masing-masing, wkt dan suhu yg diperlukan, selalu lakukan test) (lk. tu maknanya lebih kurang)

Nota Kaki Chetam 1:
Apa itu keju edam?
Keju Belanda ini termasuk jenis keras dengan kandungan lemak 40 persen. Biasanya keju edam yang dibuat untuk ekspor, dikemas dalam kemasan lilin. Teksturnya cukup elastis sementara keharumannya cukup tajam. Keju edam di Indonesia sangat terkenal, sering digunakan untuk membuat kue kering keju (kaastengel), makaroni, atau penganan lain yang membutuhkan keharuman keju yang agak menyengat.

Nota Kaki Chetam 2:
Keju Edam tu ada yang ganti ngan keju cheddar

TAT DAHLIA ATAU TAT GULUNG

Bahan-bahan
125 gm butter
125 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara Memasak
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


3 comments:

me myself said...

it's very nice of you to share all those recepi...but i think it will be better if you could attach the pics of the cakes together with the recepi. readers will have a better understanding and enjoy it more. nevertheless, it was really enjoying reading all the recepi. thank you very much and keep it up.

~mdezaree~ said...

tq for sharing.....kmk tok minat juak molah kuih sikit2....ada mukak bisnes kecil2 juak...ngambik order sidak sama keja....sak jak kelak sik terkabir air....heheheh

Cik Hani yang Baik said...

me_myself, sorry saya tak perasan ada pesanan/comment untuk post ni. InsyaAllah saya akan perbaiki untuk masa akan datang.

mdezaree, kmk molah untuk self consume jak..bukan apa, dolok 1st time kmk oda ngan org, langsung sik nyaman..terit jak ms testing nyaman...alu jerak kmk lps ya...haha...biar sik nyaman polah dirik pun, kt puas hati ndak? ehe.